I’m sure sume orang tau betapa bagusnyer khasiat madu.Penawar bagi pelbagai penyakit ataupun meningkatkan daya ketahanan tubuh badan.Untuk babies pulak boleh cepatkan dorg berjalan, bercakap & cerdik.Tapi betul…precious aku yg kecik tu masa time baby baby, 8bulan dah boleh berjalan.Orang tua2 ckp klu cepat berjalan lambat bercakap.You are wronged oldies..precious aku tu bantai 2-2 cepat.Berjalan dan bercakap.No pelat..sebiji sebiji perkataan dia sebut.Sebabnyer….aku bagi dia makan madu b4 every meal.Mungkin jugak masa tu aku masih bermadu so aku taklah berapa elergi sgt pasal ayat `madu’ nih.Enuf said pasal khasiat & penawar madu.
Kita bercerita pulak pasal MADU BERACUN.Madu ini amat digeruni & ditakuti oleh ramai wanita yg telah bergelar isteri.Wanita yg belum bersuami atau yg telah tidak bersuami lagi, aku rasa dorg steady.Ada yg OK, ada yg KO.Itu bergantung kepada gaya hidup mereka, kisah silam mereka,objektif hidup mereka,tuntutan sara hidup mereka and worst still apa anggapan masyarakat disekeliling mereka.Itu aku akan citer kemudian dan akan dihuraikan satu persatu.
MADU BERACUN ini sebenarnyer tidaklah bahaya sangat kesannyer jika benar2 mengikut syarat2, terma2 dan kemampuan oleh si pengamal madu ini.Malah ada ganjarannyer sekiranyer diamalkan dengan sukatan yg tepat.Asal usul madu beracun ni pun basicnyer adalah dr madu yg asli.Begitu tinggi nilainyer.Oleh kerana ramai pengamal madu ini tidak menepati standard ISO, maka madu ini telah hilang khasiatnyer malah memudaratkan & merosakkan nilai madu itu.Sepatutnyer elok2 jadi penawar sekarang dah jadi racun malah mgkn dah jadi asid.
Ini adalah gara2 pengamal madu yg senantiasa ada sifat tamak haloba, nak telan madu bnyk jer tanpa mengikuti cara2 pengambilan madu itu.Tidak boleh terlebih atau terkurang.Kena sama timbang & beratnyer.Macam nk buat kek, muffin or roti ler.Kalu silap apa jadi dgn korg pny masakan tu?Mestiler tak menjadi kan?Tak cantik, tgk pun takde selera.Pastu rasa give up dah.Malas dah nak buat.Rasa nak baling jer dlm tong sampah.Menyampah, sakit hati, benci, meluat.Kita pun mula salahkan takdir.Malah ada yg salahkan mereka & keluarga mereka.Salahkan oven sbb kecik & tak canggih.Salahkan timer yg model stoberi tu,pdhal dah setkan timing.Salahkan mixer sbb bukan heavy duty.Tanpa kita sedari sebenarnyer pengamal madu ni yg byk bikin salah & onak.Nape kita yg pompuan nk salahkan diri sendiri klu jantan pengamal madu ni yg goblok!!!!(kan..kan..aku dah guna bahasa indon lak
)
Mungkin korg rasa, ~ ala..cachet ni lak lebih2 nk citer..macamlah org tak tahu~
Well…statement ini akan dtg dr org yg belum alami & lalui.Org2 ni all dis while hanya mengutip citer2 dr pmpuan yg dah dipaksa makan madu beracun ini.Aku sendiri dah makan poisonous madu ini almost 11 years.Akhirnyer kesan dr madu beracun ini yg telah kami makan bersama2 telah meracuni arwah madu aku sedikit demi sedikit.Dia telah pergi dahulu menyahut Pangillan Illahi.Dia adalah wanita yg paling tabah yg pernah aku kenali.Sepanjang we all makan madu beracun, aku sering hindari utk menyakiti atau mengecilkan hati madu aku tu.Dia telah ingatkan aku waktu aku mula2 nk mkan madu beracun tu tp aku degil.Aku cakapler aku dah bersedia.Mgkn racun bagi dia tp lama2 leh jadi penawar.Alamak….aku dah sebak
Maleh ler nk citer.Dipendekkan citer, itulah antara episod hidup aku yg telah menelan madu beracun tanpa ragu2 pada mulanyer akan tetapi ada akibatnyer di kemudian hari.
Lets go back to the previous phase pasal ada yg OK dan KO bg mereka yg masih menten single atau back to single utk konsum madu beracun ini.Yg kategori OK mostly adalah pompuan2 yg sukakan lifesytle yg ala2 rich & femes kononnyer tp nak dok menengek, short cut, tak yah keja susah2.Kejanyer adalah merengek, merayu, menggoda ala2 manja kat jantan2 hangit yg rasa muka dorg camtu macam tom krus or sape hero enchanted tu..ahhh patrick dumsey!(best sggh spelling nama hero2 tu)
Ada jugak yg willing sbb tuntutan sara hidup.Anak berderet nk bagi makan tp bapak biologi dorg ntah mana lari ikut betina.Tngglkan bini terkontang-kanting dgn anak2.Klu tngglkan bon berjuta2 RM, ko nk lari mana pun gasak ko lah.So, adalah mahkluk perosak madu ni dtg hulur kasihan & simpati.Last2 nak hulur sekali bantuan batin..Cisssss!aku mmg sakit hati nih.Dek disebabkan dah termakan budi, kenalah bagi bodi sebagai ganti…..kenaler makan madu beracun.
Yg KO, wanita ni jenis yg dah jeran & serik.Enuf is enuf.Dah malas nk fkr pasal nk kawin2.Dok single lagi best.Tambahan skrg macam dah jadi trend damn hubi/beloved hubi lebih suka melonggok sume hal ehwal famili pada bini.Sampai ada yg kena tanggung damn/beloved hubi dorg.
Phewww..Banyak lagi yg aku boleh citer kat sini.Rasanyer cukupler buat arini.Badan aku dah hangin dah ni.Aku nk cool down sikit.Tunggulah bila2, aku akan pos entri dlm kategori yg sama.
Aku suka kalu org yg aku suka & sayang panggil aku..
HONEY..
Yeayyyy…ayat ini tak pernah kecewakan aku dan yg paling aku suka.Alwaz a penawar to my soul.
Ada banyak beza kan….walaupun direct translation perkataan dr english to BM adalah tepat.
Called me honey..NO madu please!